SeJaRah....

Mengajar Kita untuk Menjadi Lebih Baik

Wednesday, 2 January 2013

Hukum Kanun Pahang

Hukum Kanun Pahang merupakan teks undang-undang Melayu yang telah lama wujud di Tanah Melayu. Teks ini dipercayai wujud pada abad ke 16 yang bukan sahaja diamalkan di negeri Pahang tetapi juga turut diamalkan di negeri Johor dan Perak (petikan Hukum Kanun Pahang versi Winstedt: "Ada pun kemudian daripada itu, ini-lah menyatakan hukum resam di-dalam negeri Pahang dan Johor dan Perak yang terpakai di-negeri Melayu daripada zaman dahulu kala"). 

Hukum Kanun Pahang atau disebut juga Undang-undang Pahang telah diamalkan di Pahang semasa zaman pemerintahan  Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1591-1612) berdasarkan kenyataan diawal teks tersebut yang menyatakan bahawa undang-undang yang disebut sebagai surat risalat ini telah disusun dan diamalkan semasa pemerintahan baginda bukan sahaja di Pahang tetapi juga di Perak dan Johor;
"Maka inilah surat risalat yang simpan pada menyatakan pekerjaan segala raja-raja dan segala wazirnya di-dalam negeri Pahang dan Perak dan Johor daripada masa Sultan yang amat besar kerajaan-nya ia-itu, Sultan 'Abd al-Ghafur yang dikekalkan atas kerajaan-nya dari dunia datang ka-akhirat".



No comments:

Post a Comment