SeJaRah....

Mengajar Kita untuk Menjadi Lebih Baik

Wednesday 2 January 2013

Hukum Kanun Pahang

Hukum Kanun Pahang merupakan teks undang-undang Melayu yang telah lama wujud di Tanah Melayu. Teks ini dipercayai wujud pada abad ke 16 yang bukan sahaja diamalkan di negeri Pahang tetapi juga turut diamalkan di negeri Johor dan Perak (petikan Hukum Kanun Pahang versi Winstedt: "Ada pun kemudian daripada itu, ini-lah menyatakan hukum resam di-dalam negeri Pahang dan Johor dan Perak yang terpakai di-negeri Melayu daripada zaman dahulu kala"). 

Hukum Kanun Pahang atau disebut juga Undang-undang Pahang telah diamalkan di Pahang semasa zaman pemerintahan  Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1591-1612) berdasarkan kenyataan diawal teks tersebut yang menyatakan bahawa undang-undang yang disebut sebagai surat risalat ini telah disusun dan diamalkan semasa pemerintahan baginda bukan sahaja di Pahang tetapi juga di Perak dan Johor;
"Maka inilah surat risalat yang simpan pada menyatakan pekerjaan segala raja-raja dan segala wazirnya di-dalam negeri Pahang dan Perak dan Johor daripada masa Sultan yang amat besar kerajaan-nya ia-itu, Sultan 'Abd al-Ghafur yang dikekalkan atas kerajaan-nya dari dunia datang ka-akhirat".



Wednesday 1 August 2012

Jom kenali Raja Kechil...

Siapakah Raja Kechil?
Raja Kechil pernah memerintah kerajaan Johor antara tahun 1718 - 1722 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.

Pada tahun 1718 Raja Kechil telah menyerang Johor dengan bantuan Orang Laut. Johor pada ketika itu diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Raja Kechil menuntut takhta kerajaan Johor dengan mendakwa baginda waris Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang telah mangkat pada tahun 1699. Ibunya bernama Che Pong@ Che Apong merupakan gundik Sultan Mahmud Syah.

Imbasan Kisah Sultan Mahmud...
Sultan Mahmud mempunyai seorang panglima/laksaman bernama Megat Seri Rama. pada suatu hari, Megat Seri Rama dititahkan untuk keluar bertugas dan meninggalkan isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung. Semasa ketiadaan Megat Seri Rama, isterinya mengidam untuk memakan seulas nangka.

Dipendekkan cerita.... Isterinya telah meminta seulas nangka daripada tuk penghulu yang ingin dipersembahkan kepada baginda sultan. Tuk Penghulu pada awalnya sangat keberatan kerana takut dimurkai sultan. Namun, beliau kemudiannya berasa kasihan dengan isteri Megat Seri Rama memandangkan keadaannya yang sarat ketika itu. Seulas nangka telah diberikan kepada isteri Megat Seri Rama sebelum dipersembahkan kepada sultan.






Thursday 19 July 2012

Sejarah....

Sejarah merujuk kepada kejadian atau peristiwa yang telah berlaku pada waktu yang lampau/masa yang lepas. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu sumber Premier (sumber utama) dan sumber Sekunder (sumber kedua). Sumber sejarah sangat penting dalam memberi maklumat tentang sejarah sesuatu bangsa...... tanpanya tidak mungkin kita boleh mengetahui sejarah negara sendiri.